FINAMISS JU
SUHA
AYIN
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
FRIENDS
Want to exchange Links? Tell me at Shoutbox. You'll be next. If you delete me, i will delete you. Deal right?
Stay At Home !
Selasa, 17 Januari 2023 • 3:42 PTG •
 Hai peeps. Stay at home! Stay at home! Inilah perkataan yang sering kita dengar dan berbicara sepanjang MCO atau covid-19 sedang berleluasa tempoh hari. Now? Sekarang kita hidup dengan norma baharu katanya. So, certain company akan menjalan aktiviti kerja mereka dengan WFH (Work From Home). Selain itu, company yang memerlukan kerja di office 24h perlu la hadir ke tempat kerja seperti biasa. Memandangkan kita sudah masuk tahun 2023, dan saya pulak baru nak start balik menulis di blog ni, akta bekerja 1955 telah diterapkan kepada pekerja gaji bawah RM4000. Sebelum ni Bawah 2k je kan. Haa. Sekarang gaji 4k pun dah boleh tuntut OT and bekerja selama 45 jam sahaja seminggu. Haa itu yang best tu kan. Walaupun covid-19 sudah kurang, tapi kita sebagai manusia yang prihatin ni, perlulah berwaspada sentiasa. Jaga kesihatan diri, keluarga kita ya. Maklumlah, kita hidup akhir zaman. Banyak penyakit dan benda pelik-pelik akan berlaku kan. Hehehe. Ok, the next entry aku akan cerita pasal pengalaman aku bekerja pulak. Insyaa Allah. Bye semua. My Life In UTeM For A Month !
Khamis, 6 Oktober 2016 • 7:15 PTG •
Hello peeps. Pejam celik pejam celik dah bulan Oktober dah kan? Tu la, cepat betul masa berlalu.
Sekarang aku dah bergelar mahasiswi. Ok, bangga jap* Hahaha. Ye la, dulu kat matrik still lagi digelar pelajar. Okay now, I want to tell you that i get my own roomate yang mana perangai dia mostly sama macam aku. Hahaha. Itu baru dikatakan roomate dohh. Then, aku dapat classmates baru yang gila-gila mereng-mereng even ada dikalangan kami tak sama umur tapi kepala boleh masuk laa..
Memang nice. Aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang macam tu. Tapi tak tau la kalau diorang tak tunjuk belang lagi kan. Tapi takpe, aku doakan yang baik-baik belaka. Insyaa Allah.
Kat sini aku still main hoki. Disebabkan aku memang minat sangat dekat hoki so, aku pun join hoki and alhamdulillah wakil UTeM time UTP Open baru-baru ni. Seronok dapat kenal senior + player hoki yang hebat dan berpengalaman. :D Kat sini banyak gila program. So, depends pada individu tu nak aktif ke tak. And then, kehadiran akan diambil. Hehew. Haihhhh..Tak sabar gila nak balik rumah cuti midsem nih. Dah la raya haji haritu aku jumpa family aku. So, sad. :( Nanti midsem baru jumpa balik. Rinduuuuuuuu.. Tapi nasib haritu time lawan hoki kat Ipoh family datang. Tu pun kejap je.. Hmmm.. Still rinduuuuuuu... :(
p/s : Laptop saya tak boleh install Autocad. WTH!!
Kotak Followers Hilang !
Khamis, 25 Ogos 2016 • 3:29 PTG •
Hello peeps. First of all, I am very thankful to Wanie because help me to solve my problem. Nasib baik la aku tanya dia macam mana nak cari balik kotak followers yang hilang tu. Ok, dulu aku ada guna Google Friend Connect (GFC). Dan aku menggunakan blogskin. Kalau nak edit apa-apa kena guna htm. So, benda ni agak rumit bagi aku la. Lagipun aku ni bukannya budak software, computer semua tu. Ramai jugak la yang guna GFC sebab mudah. Tapi sekarang dah macam mana entah tetiba ada masalah pulak. Haiyyaaaa...
So, solutionnya aku ada tengok kat satu blog ni yang mana memang SANGAT SANGAT membantu aku. So, pasni korang tak perlu lagi susah-susah guna GFC tu. Tutorialnya korang boleh klik SINI .
p/s : aku sangat bahagia apabila kotak follwers aku dah ada. :D
Why My Google Friend Connect (GFC) is Not Working?
Menarik tak tajuk aku harini? Siapa ja yang tak terkejut bila tengok kotak followers dia kosong betul tak? Aku cari solution benda alah ni 1 hari suntuk sebab nak tau sebab apa hilang. So, I end up with waiting for some time. Aku tengok kat blog orang lain certain ada certain hilang macam aku jugak. Mungkin Google ada buat something kot untuk tapis followers. I don't know much. So, jalan penyelesaiannya aku buat tak tawu dulu and akan open balik my blog dalam beberapa hari kemudian. Sebab benda macam ni dah pernah jadi so, tak heran la kalau dia akan jadi lagi.
Aku nak nasihatkan kat semua supaya jangan risau sangat pasal followers anda. Nanti dalam beberapa hari mungkin dah ok kot. Hehehe. KOT laa.. Jangan expect too much pulak, kang menangis terguling-guling sebab followers semua hilang.
p/s : Please Google Friend Connect solves this problem ASAP !
Selepas Habis Matrik !
Jumaat, 24 Jun 2016 • 6:28 PTG •
Hello gaisss.. Sudah sekian lama apabila tidak menulis entry rasa macam agak ganjal sedikit not sedikit BUT banyak sebenarnya. Haa ok. Berdasarkan tajuk di atas, sudah sebulan setangah aku meninggalkan KMTK tu. Rasa rindu pulak kat sana. Time macam ni aku pergi turun padang main basketball dengan roommate. Hahaha. Cepat betul masa berlalu. Tapi tu la, bila kita kat sana nak cepat-cepat cuti sebab apa? Sebab nak freedom lahh.. Kah kah kah.
After habis je keluar matrik, aku apa lagi jadi penganggur setia la kat rumah ni. Result PSPM pun dah dapat. Alhamdulillah 3.0 above. OK. Kat rumah aku ni susah la nak dapat kerja. Lagi pun sekarang ni tengah bulan puasa. Family aku ni kang,bukannya boleh percaya sangat. Nanti kejap nak pergi sini kejap nak pergi sana. Habis tu aku ni?? Takkan tak ikut pulak kan. Mestilah mau. Dah lama tak jumpa cousin kesayangan aku.
Bila dah kat rumah tak buat pape, bosan pulak. Semua kawan-kawan aku balik u diorang. Kawan time kat sekolah lama aku dulu. Kawan kat seratas diorang semua jauh-jauh plus busy. Hmm.. Beginilah hidup gue. Susah banget deh mau keluarnya. Enggak ada lesen lagi. Pahal tetibe cakap indon entah. Haha
Ok, jangan membebel panjang-panjang, nanti readers bosan. Seminggu selepas aku habis matrik, aku apa lagi, pergi KL dengan kawan aku yang sorang tu. Nama dia Jasalinda Md Saad. Dia kawan aku time kat Seratas lagi and then kitorang dapat matrik sekali. Tu yang aku ajak dia tu. Memandangkan dia senang keluar jalan-jalan. Seminggu jugakla aku travel KL-Selangor tuu.. Tak shopping pun. Just pergi jalan-jalan cari makan. Hehehe.
Selepas itu, aku pun balik rumah jumpa kawan aku yang sorang tu sebab dia pun baru je cuti semester. Kitorang lepak Ipoh pulak. Stay sana 2 malam kalau tak silap. Haihh.. Berjalan sakan. Berjalan pun, duit tetap habis. hmmmm.. (sedih)
Seterusnya awal bulan Jun 2016, aku dipanggil. Cewahhh.. Dipanggil kau. Dipanggil untuk menjadi fasilitator. Entah betul entah tidak ejaannya tu. Senang cerita fasi laa. Tapi mostly matrik panggil AJKO.(Ahlijawatankuasa Organisasi). :) Rasanya laa.. hehe Bertugaslah aku di sana selama 10 hari. First day Ramadhan aku pun kat kolej tu jugak. Huhu.
So now, i'm doing nothing at home juz sleep and watching tv and having my good time with my lovely family. Yeah, this is me. I want to wish all of you selamat berpusa dan selamat hari raya.
Insyaa Allah, i will write again and again.
Kehidupan seterusnya
Sabtu, 5 Disember 2015 • 1:01 PTG •
Pejam celik pejam celik. Dah masuk sem2 dekat KMTK. Menunggu result Sem1 dengan penuh kesabaran dan kekeliruan. Oh no! Tak sanggup nak tau result Sem1 haritu. Aku harap dapat apa yang aku target. Aamiin. Bukannya apa, aku nak buktikan dekat orang yang masuk matrik ni, tak susah. Cuma kau kena fokus on study. Actually, not in study only. Kat sini kitorang buat program macam-macam. Tapi kenapa still ada orang yang boleh buat? Hidup ni tak semudah apa yang kita sangka. Bukan semua benda kita boleh buat dengan petik jari je. Jalan pemilihan kita tu yang penting. ok gais.. So, sesape yang nak masuk matrik and then tak jadi disebabkan kawan tu, lupakan je la. If dia adalah kawan kau, dia akan support kau, dia akan hormat kau punya decision. And one more thing is, aku sebagai budak matrik, aku bangga and aku tak rasa menyesal pun masuk matrik. :D
Ok, cerita kisah seterusnya. Disebabkan aku tengah bosan sekarang, aku ada mood nak update blog aku yang dah lama berhabuk bak segumpal kapas yang dikumpul-kumpul. Hahaks. Teruk benor aku punya ayat. Hyperbola terlebih sikit. Back to the main topic. Sebenarnyakan, aku dah lupa macam mana nak hias-hias blog aku supaya lebih lawa macam dulu.. huuuuu.. Aku sedih. Tapi takpe, if dah habis matrik, aku akan study balik semua benda pasal blog, even sekarang nie aku tengah kosong pasal hias-menghias ni.. Emm.. Macam mana nak contest, edit blog tak ingat. Jemm..!! Aku tak tawu dah macam mana nak merepek meraban panjang-panjang macam dulu. Rasa kekok gila bak angggg. Tapi takpa, lama-lama aku akan terbiasa jugak.. *smile :D
Kalau sedih ke gembira ke nak kutuk ke ape ke. I just write here with my own fingers. And i can write my story even everyone don't know who i am.
New Life In KMTK
Khamis, 25 Jun 2015 • 10:32 PTG •
Hello peeps. haaa.. Sudah berkurun lama aku tak update blog nihh.. Memang dah bersawang dah pun. Bukan setakat bersawang, lalang, pokok semalu and so on tumbuh habih.. Haaa.. Semenjak aku stay kat KMTK nihh, pelat kedah aku makin menjadi-jadi kott..huhuhu..
OK. Now, we're back to our MAIN topic which is LIFE IN KMTK.. What is KMTK? KMTK tu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.
Sumpah, best gila belajar kat sini. Lecturer dia memang the best lahh.. Memang tak sia-sia aku pilih matrik ni.. Ok, for those yang keliru tentang matrik nih, korang pergi je matrik.. Sebab matrik ni mengajar kita macam mana dekat U nanti. So, bila dah masuk U for sambung degree takde la kelam kabut sangat kann.. huhuhu.. Kalau sesape yang tak pernah stay asrama tu, kat sini la korang diajar segala benda.. Macam aku kat KMTK nii, aku ok je sebab before ni pun dah pernah duduk asarama..
Ramai orang cakap, masuk matrik ni susah la, pack la, life macam budak sekolah la, ape la..blablablablabla.. Banyak cakap..Padahal tak pernah pun masuk matrik..Memang la setiap hari kuliah start pukul 8pg habis pukul 4ptg. Sebab kitorang kat sini satu tahun je.. So, nak cover balik untuk 3 tahun diploma dalam satu tahun.. Memang la orang kata, once u dah masuk matrik, u kena struggle..Yes! Itu tidak dinafikan lagi.. Sebab kita kena score.. Alaaaa..cool je.. Spm dapat 4A pun boleh score 4flat!!..Berdasarkan maklumat yang diberi oleh senior2 yang bertauliah. So, jangan cakap orang yang tak pandai tak boleh masuk matrik.. Itu semua kehendak masing-masing. U nak berjaya, U usaha. Semua benda atas usaha kita sendiri.
Then, bila dah masuk matrik tu, jangan ponteng kuliah, selalu buat tutorial ape yang lecturer bagi. Selalu jumpa lecture. FOKUS itu penting ye.. :)
Kalau buat benda apa pun, tanpa kita fokus, benda tu takkan jadi jugak..Betul tak??
Selama aku hidup kat matrik ni, aku takdek lagi la nak pindah-pindah pergi tempat lain. Sebab?? KMTK is the best..
Aku sangat bosan sekarang nie, sebab letih bermain tennis tadi.. Hahaha..So?? Aku punya assignment pun bertimbun lagi tak buat. Nasib baik la esok cuti.. Alangkah bahagianya.. Jadual pun tak pack sangat untuk harini.. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Aamiin.
Anyway, kawan-kawan kat sini best. Tak kedekut ilmu. Sedikit nasihat daripada saya. If kita tak tahu tentang sesuatu, kita kena tanya orang. WAJIB tanya. Kalau tak, sesatla jawabnya.. Sebab, once U dah tanya kat kawan tu tak kesah la sesape pun, diorang akan ajar korang sampai korang dapat. Insyaa Allah. Berdasarkan pengalaman aku la.
OK la.. Setakat di sini saje kisah plus sedikit nasihat pada malam ni, hope membantu korang ye.. Ala, jangan takut la..Masuk matrik memang awesome la..
I'm Back
Rabu, 24 Disember 2014 • 2:15 PG •
Hello peeps.. Dah berapa tahun aku tak on blog nihh.. I just wanna say that I'm back, ok..Tak lebih daripada tu.. This is ridiculous.. Why i say like that?? Because i think i should stop for waiting him maybe.. Oh damn!! Why i meet him in Labuan.. Whatever lahh.. I still have my friends and i'm not live with friends forever.. How could he do that for me?? Emm..Ape yang aku merepek ni siakk..haha
He just gone. Just forget him! Ok. Let me try it. i pray for you and hope you will be fine with your first flight alone. :) And i wish i can see and talk toyou again.
My New Year
Sabtu, 18 Januari 2014 • 12:00 PG •
Hello peeps. Since past year, aku dah jarang update kan.. I'm so sorry a lot to my readers. You know i'm busy right now kan..
Heheww..( macam ade je orang nak baca bog aku)
well.. Do I care?? hohoho
New Year?? Sebut pasal New Year kan..Hmmm... Kelas baru,cikgu baru, dorm baru, dapat classmate baru, BF baru.. ehh..takde lahh..hahaa..Just kidding.. well.. Aku takde nak bebel panjang-panjang macam biasa sebab aku nak tengok cerita My Love From Another Star..Best kot drama nie.. Drama Korea lerr.. Kepada Kpop HATERS, do I care?? haha..
p/s : Malam nie Maharaja Lawak Mega tak berapa best macam selalu. :D
Lepas Perasaan!
Ahad, 3 November 2013 • 11:33 PTG •
Hello peeps.. Aku rasa, topik yang aku nak cakapkan nie, agak keterlaluan.. Tapi?? Do I care??
Aku tengah best layan FB, ade pulak mamat nie call.. Ingat aku kebulur sangat ke nak angkat fon kau!! Aku sebenarnye tengah panas, yang kau boleh tambah lagi panas aku apesal?? Aku memang banyak bersabar dah dengan orang yang bergelar LELAKI nie.. Ingat senang ke aku nak bersabar macam dulu.. Tak dek la..
No more chance for you.. Understand?? No more chance..
Huhh!! Aku dah penat.. Penat sangat.. Layan hampa dalam fon?? Ingat aku ada banyak masa ke, hah?? Ingat aku nie duduk rumah goyang kaki sambil pegang fon ke?? Kalau hampa fikir macam tu, sorry la.. Aku minta hampa tukarkan mindset hampa.. Hampa memang jumpa dengan salah orang ar.
Lagi satu.. Dah cukup la, masalah yang aku tengah hadap nie, hang boleh tambah lagi?? Ada hang pernah tanya, aku nie ada masalah ke tak?? Ada hang tanya?? Hang tak tanyakan?? Itulaa masalah lelaki.. Dia tak pernah pun tanya perempuan.. Yang dia tahu, perempuan kena layan lelaki, kena tahu masalh lelaki, kena paham hampa.. Hampa?? Ada hampa kesah pasal kami?? Ada hampa kesah pasal masalah kami?? Hampa selalu salahkan perempuan kan??
Hampa fikir la masak-masak.. Bila perempuan tak nak teruskan hubungan tu, ada hampa fikir sebab apa?? Ada ke??Kalau hampa fikir pun, hampa akan cakap, perempuan nie dah tak sayang hampa, dah tak pedulikan hampa, dah ada orang lain.. Dah ADA ORANG LAIN?? Wehh.. Belah ar.. Ingat kami nie perempuan murahan ke ape, senang-senang je nak terima orang lain dalam hidup kami.. FYI, kami tak nak teruskan hubungan tu sebab kami nak hampa berubah ke arah yang lebih baik..Kalau kami teruskan hubungan, kami tau, mesti akan goyah jugak.. Sebab apa?? Sebab perkara tu selalu berulang and kami pun dah banyak kali bagi peluang.. Hampa tak fikir ke, sebab ape kami perempuan nie, bagi hampa peluang??
Argghhh.. Aku malas la nak taip panjang-panjang, buat penat jari aku je dok menaip..
Aku memang tak paham betul la dengan perangai lelaki.. Kadang-kadang tu fedap jugak dengan perangai hampa yang bergelar lelaki nie.. Sorry to say la.. Tapi memandangkan aku nie masih lagi waras, aku tetap kuatkan diri aku nie untuk lupakan apa yang LELAKI pernah buat dekat aku.. Yang dia tahu, mengadu kat kawan aku ada la.. Then, si kawan tu pun, tak cakap banyak dah.. Main hentam je kat aku.. Asyik menyebelahkan dia je.. Ingat aku nie tak reti jaga perasaan orang ke?? Orang yang tak reti jaga perasaan aku, aku pulak yang dipersalahkan.. Sorry sikit..
Ok lahh.. Nak out.. Kalau aku ada tak puas hati lagi, aku merepek panjang lebar kat sini..
Nota kaki : Tak perlu susahkan diri sendiri..
Tak Sabar Rasanya
Isnin, 28 Oktober 2013 • 9:16 PTG •
Hello peeps.. Lama jugak rasanya tak update kat blog nie.. Sorry.. Mungkin busy dengan persiapan kemas-mengemas barang untuk balik cuti akhir tahun nie.. Ye la banyka kerje jugak la aku nak kena kemas barang.. Bukan senang and bukan susah sangat pun nak kemas barang tu semua tapi kena pandai bajet masa je la.. Aku sebenarnya, baru je lepas balik hoki.. Tak la baru sangat, just dua tiga hari lepas.. Hehehe.. Kitorang lawan dekat UPSI.. Dekat U my cikgu praktikal kat sekolah lame.. Alaaaa.. Rindu gila apabila teringat kenangan yang lalu.. Bukan senang nak dapat cikgu yang sporting gila macam cikgu tu.. Kalau kat sekolah aku sekarang nie.. Memang tak kan dapat la.. huhu
Ehhh.. Ape yang aku merepek nie.. Aku sebenarnya dah lari tajuk..Ahhh.. Tak kesah la.. Janji aku ade cerita nak cerita dekat korang kan?? Jadi korang tak bosan sangat.. Bukannya ape, aku nie dah lame tak mereek panjang lebar dekat blog aku, so? Aku nak pinjam korang punya mata kejap ek.. Ce teruskan membace.. huhuhu.. Pasal hoki ! Kitorang menang kumpulan.. Tapi kalah second round kalah split 1-0.. Kitorang memang tak practice langsung split or stroke.. Gile ar.. Memang la takkan dapat la split tu..Tak dapat la nak tanggung.. Tapi takpe.. Kitorang dapat la jugak pengalaman pergi peringkat international.. INTERNATIONAL!!.. Saje nak mention banyak2.. Bagi jeles sikit.. Hahaha..Nanti 9/11/2013 nanti, kitorang pergi Kepala Batas pulak.. Lawan hoki kat sane.. Rase tyak sabar pulak :D
Tapi kan?? cerita yang korang baca tadi tu, takde dalam tajuk pun.. Itu hanyalah muqaddimah semata-mata..hhaha.. Panjang tak muqaddimah aku?? huhuh :D
Sebenarnya, aku nak bagitahu, hari khamis nie 31/10/2013 , aku balik rumah.. huhuhu.. Best gile laaa... Happy aku nie macam tak pernah balik rumah je kan?? Maklumlaaaaa.. Dah rindu tahap gaban kuasa 88 dengan rumah aku tu.. Aku sebenarnya sedih jugak bila dapat result yang tah pape.. Frust menonggeng la aku.. Aku tak sanggup nak menghadapi itu semua.. Tapi, apakan daya.. Aku mesti menguatkan diri aku untuk menghadapi semua itu.. PAT?? Exam yang menakutkan aku sewaktu form 4.. emmmm.... Setiap kali dapat result,aku akan kecewa.. Aku pun tak tahu la sebab ape aku jadi macam ni.. Tak macam dulu, dulu ade je orang bagi semangat dekat aku, tapi sekarang??? Sudah tidak punya apa2 lagi.. Arrgghhhh!!! Aku sedihhhhhhhh!!!!!!...
Bagus jugak aku buat macam tu. Aku tak nak dia berharap kat aku.. So? bagus la kalu dia dah ada yang lain.. Hope dia happy :D.. Jiwang pulak aku nie kan?? Kemain lagi niee.. Kemainnn.....
Kalau ade jodoh tak kemana kan?? No wonder lahhh... :D emmm.. lagi satu.. Aku tak nak jadi macam perigi cari timba.. Memalukan kott.. hohoho :D Biarlah jodoh itu datang sendiri.. Sebab Allah dah tetap kan kita dengan sesape kan?? Betul tak?? Betul kan?? hehehe.. So?? Kita enjoyyyyyy!!!!!
I had BROKEN HEART
Hello peeps.. Korang sihat?? Tertunggu-tunggu cerita dari aku?? i had broken heart?? korang terkejut x??
Entah la.. Aku yang suruh dia pi cari lain, tapi aku yang sedih tahap gaban.. AKu pun tak tau la.. Biar kan je la.. Kalau ada jodoh tak kemane kan?? huhuhu.. Semalam aku sedih tahap gaban kuasa 66.. Kakak dorm aku semuanya pelik tengok aku.. Diorang kata, boleh cari yang lebih baik.. Memang la boleh cari yang lebih baik.. Tapi masalahnya, nak cari yang betul-betul baik tu la yang susah sangat.. Nak cari lelaki memang la senang. Tapi, nak cari yang gentleman tu la yang susah..
Kenapa aku rasa single membebankan?? Aku pun pelik jugak la.. Tapi kan, nasib baik la ada kawan aku kat sekolah baru nie macam kawan aku dekat sekolah lama.. Hope, kitorg kawan sampai bila2 and aku tak nak kacau relationship dia.. Wooww!! So sweet.. hehe ok la..Sampai sini je la.. Bye2..
Hari Ni Balik Rumah ! Mood: Excited Gilerrr
Jumaat, 11 Oktober 2013 • 9:50 PG •
Hello peeps.. Say hi to all of you.. Lama gila la tak update blog nie.. Maklum la, aku tengah ada exam PAT(peperiksaan akhir tahun). Dah 2 minggu dah exam, tapi tak habis lagi.. Then, lepas cuti, sambung balik exam.. Exam subject killer iaitu Math, Tekno and chemistry.
By the way, hari nie aku BBM!! Argghhhh... Best giler laa.. Aku dah lama gila tak meroyan dengan kawan-kawan.. Tapi dapat jumpa dengan diorg sekejap je because aku kena balik kampung.. Hmmmm.. So, sad! At least, ddapat jumpa diorang kan?? Hahaha.. Hari nie, aku Online dekat Bilik LK.. Ada WIFI.. So? Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang yang ada la.. Hahaha... Hari nie tak berapa belajar sebab exam LK dah lepas then, kitorang siapkan autocad..Hmmm..
Tak sabar rasanya nak jumpa family.. Haaa..Lagi satu.. Semenjak aku tinggal kat asrama ni, aku demam pun susah nak baik.. Pelik la.. Memang nasib budak asrama macam nie ke?? kesian gile la.. Habis tu, aku nie bukan budak asrama ke?? hmmm.. Kesian gila kat aku.. Kalau boleh undur masa, aku tak nak masuk asrama.. Walau SBP sekali pun and walau MRSM sekalipun.. Eh jap! Aku nie budak SBP la eh silap lagi budak SBT.. hahaha Apa yang aku merepek nie.. Hahaha.. Mood BBM la katakan..Memang otak gila-gila la.. hahaha.. Ok la.. Aku nak bye2 dah.. Nanti banyak pulak aku merepek kat sini..
Good Bye !
Edit blog for now :D
Sabtu, 14 September 2013 • 1:05 PTG •
Hello peeps.. Cute tak skin blog nie?? Heheh..Baru tukar..Tu pun edit tak siap lagi because mengantuk sangat semalam.. Hehehe.. I like it !
Kejadian Yang Berlaku di Sekolah Aku!!
Rabu, 11 September 2013 • 5:22 PTG •
Hello peeps..Lama dah aku tak update kat status nie..Korang busy tak?? Aku?? Boleh la.. Korang malas tak?? Aku?? Boleh la tahan.. Huhuhu.. Mood aku sekarang ni adalah rajin.. Haha.. Tu pasal la aku update blog nie.. Hari nie, ada cerita best dan ada cerita yang tak best !..
Sebelum tu kan, aku rasa janggal gila la.. Sebab aku dah lama tak mengarut dalam blog. So, aku harap korang tak boring la kan?? kan?? Huhu :D
Firstly, cerita best........
Hari nie macam biasa la, sekolah macam biasa.. Kelas macam biasa, everything macam biasa except!! Perangai cikgu je yang berubah-rubah.. hari nie, mood semua cikgu yang masuk dalam kelas aku agak baik A.K.A memuaskan.. Itu yang best tuuuu.. :D NO outraged . NO yelling !.. Just nice..
Kawan-kawan aku kat sini memang best.. Tapi tak boleh kalahkan kawan aku yang ada kat PH :D
Hari nie hari Rabu.. Jadi, aku sebagai S/U kat sekolah nie, akulah yang paling busy tahap gaban kuasa 88 tau!.. Everything aku yang paling busy mengalahkan Perdana Menteri.. Hoho.. S/U la katakan.. Kan?So?? What to do now, aku tengah happy-happy on laptop dalam my class.. Laptop aku dah berdaftar, jadi, aku tak heran sangat.. Kalau tak, nak guna laptop pun susah.. Senyap-senyap la..
Ok ! Sekarang cerita yang tak best pulak !.. Korang nak tahu tak... Hari nie, aku penat sangat.. Sebelum KOKO bermula, aku pergi jumpa cikgu because nak daftar laptop then..aku tengok jam dah pukul 2.10 pm.. Aku still relax lagi.. Aku dengan laparnya, dengan penatnya.. Tapi takpa, aku relax lagi.. Masa tu, aku tak bawak kunci locker, aku tertinggal dalam kelas but aku ada bagi kawan aku kunci spare.. So? aku tak naik kelas la.. Apabila perjalanan nak pergi makan, aku terjumpa la kawan aku yang memegang kunci locker.. Aku sibuk sangat cakap pasal kunci locker nie sebab fail S/U aku tinggal kat dalam locker.. Sedangkan pukul 3 ptg kitorang dah start perjumpaan..
Kan aku dah jumpa dia kan, aku pun panggil dia.. Dah la aku panggil sekali dia tak dengar, Kuat pulak tu.. Takkan la dia tak dengar kot.. Memang aku sabar je la time tu.. Tapi, muka aku dah lain dah..it's ok Afrina, orang ramai kat depan masjid nie..(F.Y.I. kat sekolah aku ada masjid) Aku cakap kat dia, aku nak kunci locker aku, dia pun cari..Cari punya cari tak jumpa.. Dia boleh cakap kat aku, dia tertinggal kat kelas.. Dia bawak beg sebesar alam tu, tapi tak boleh letak kunci locker yang seberat 0.5 gram?? Dah la aku tak bawak beg, aku just bawak beg laptop je. Aduhhh.. Memang tensyen gila ar time tu.. Tapi aku tetap bersabar.. Aku tengok jam dah pukul 2.30 ptg.. Sepatutnya, hari Rabu tak boleh masuk kawasan asrama tapi aku boleh masuk sebab-sebab tertentu.. Aku pun tanya la orang yang mempunyai kunci locker yang sama saiz dengan aku.. Then, aku tanya pengawas nie.. Dia kata kat aku ni kunci asrama ni.. Aku pun berjanji la dengan dia, aku akan pulangkan kunci tu.. Aku pun lari la sampai tingkat 2 because dorm aku kat tingkat 2.. Masuk dorm tu, then try kunci tu.. Try2 tak boleh pulak.. Kunci tu boleh masuk tapi, dia boleh pusing separuh je..
Adoiii.. Dah la penat yang teramat! Lapar lagi.. Aku pun bagi la kunci yang tadi tu dekat pengawas..Kunci tu aku pulangkan balik.. Dia tanya aku mana barang yang hang ambik, aku cakap la tak ambik lagi, locker tak boleh bukak.. Then, dia tanya lagi ''Kunci locker hang kat mana??'' Aku pun jawab la ''kat kelas''. Then, dia suruh aku ambik.. Aku pun, pergi lari ambik la.. Gila ke tak ambik.. Nanti kena marah dengan cikgu tak pasai pulak.. Gila kelam ar tadi.. Nasib aku tak pengsan je..
Bila dah sampai kelas, dah ambik kunci apa semua, patah balik, pergi asrama.. Memang excercie gila ar.. Nasib baik la aku takdak semput, kalau tak, mau tak pengsan.. huhuu..
Then, aku pergi la naik dorm dan ambik fail S/U aku tu.. Alhamdulillahh.. So?? Aku tak sempat makan tengah hari.. Bagus tak?? hahaha.. Disebabkan kunci locker punya pasal..Itulah cerita yang tak best aku nak update hari nie..
Ok la.. Aku pun dah puas dah membebel dalam blog ni.. Mesti ada orang terkejut, baru hari nie aku nak update.. huhuhu.. I's ok, lain kali kalau aku tak busy dan rajin dan mempunyai cerita, aku update lain ok?? Bye2.. ^_^
Perasaanku Celaru, Bangang !
Ahad, 2 Jun 2013 • 2:38 PTG •
Hello peeps.. Mesti terkejut dengan title aku kan?? hmm.. Firstly, aku nak tanya khabar korang dulu..
Korang sihat tak? Mesti sihat kan??
Ok guys.. kita review balik title aku tu.. Aku sekarng nie tengah celaru tahap gaban kuasa 66 dah..
Wahai lelaki yang berkenaan.. Tolong la jangan kacau aku lagi.. Aku mintak tolong sangat-sangat.. Aku bukannya tak suka kat hang, tapi... Entah la.. Itu yang membuatkan aku celaru sangat tau tak..
Aku dah tak tau nak cerita kat sapa lagi.. Aku just boleh tulis dalam blog nie ja..
Bukan aku sengaja tak nak angkat fon hang, bukan sengaja aku tak text hang.. Aku tengah semak nie.. Itu pasal la aku nak kawan ja dengan hang.. Sebab aku tau, hang takkan paham aku punya lahh.. Lagi satu, aku tak suka hang semak kat wall FB aku.. Hang tau pasal apa?? Sebab aku tak nak soal jawab kat sekolah aku..Aku sudah kekurangan kawan di sebabkan hang, hang tau tak?? Aku memang lebih selesa kawan dengan lelaki daripada perempuan, itu pasal la, aku ramai kawan lelaki daripada perempuan..
Aku tak suka hang nak masuk dalam urusan keluarga aku.. Ye la.. Hang bukannya suami aku pun !
Aku pun ada hak jugak la.. Aku pun nak enjoy macam orang lain la !.. Semenjak aku couple dengan hang, aku rasa hidup aku tak bebas macam dulu.. Dulu, walaupun aku couple, hidup aku tak semak macam sekarang tau tak?? Untuk pengetahuan hang la.. Aku nak bagitahu hang.. Sebab tu la, aku nak kawan.. ONLY FRIEND with you.. You understand or not?? If not, you can get out from mu life !
Aku cuba fikir satu-satu.. Nak selesaikan masalah macam mana.. Hanya itu ja yang aku mampu buat.. Hang ingat aku tak fikir ke sebelum buat keputusan?? Aku fikir la !... Sebelum nie, aku ingat hang takkan buat masalah, tapi ternyata.. !! Memang aku dah agak dari dulu lagi, tapi aku tetap bersabar..
Untuk pengetahuan hang, aku nie seorang yang panas baran ! So, jangan cakap aku nie cepat berubah..
Aku tak berubah pun.. Aku tetap sama seperti dulu..
Perangai yang aku tak boleh nak elak and mesti ada dalam family aku ialah PANAS BARAN..
Kadang-kadang, aku boleh jadi seorang yang ceria.. Di sebalik ketawa aku, ada kegembiraan atau kesedihan.. Bukan mudah untuk menilai aku.. Aku suka benda yang simple, bukan complex tapi menarik.. Itulah aku..
Skin blog Dah Lusuh!!
Ahad, 5 Mei 2013 • 12:41 PTG •
Hello peeps.. Semenjak aku duduk asrama ni, aku aku memang tak sempat gila nak tukar skin blog...
Argghhh...Tension kott.. Asyik mengadap skin blog yang agak lusuh and berhabuk je.. Nanti aku,cuti nie aku nak tukar skin blog yang baru lagi terselah kecomelannya.. AMboiii..Ayat aku memang tak boleh belah..Hmmm... So sadd...
Nak balik.. Tapi, next week nak exam dah.. So damn! Bersabar je la.. Hope dapat buat yang terbaik.. Aku sekarang nie memangn tak de masa gila nak update.. Asyik busy je memangjang.. Hmmm...
Mintak-mintak la nanti ada masa nak tukar skin ni.. Aminnn...
Korang kat luar sana jangan lupa doakan aku bagi dapat straight A's mid-year exam nie tau..
Sampai di sini je la ye, aku tulis.. Kalau aku tulis panjang-panjang takut korang tak larat nak baca pulak kan..huhuhu... :D
Peace yo ! bye
#anyway, congratulation to Seratas Ladies because dapat Naib Johan Hoki MSSD peringkat Kebangsaan.. :D
Aku Rasa Tertekan !
Jumaat, 19 April 2013 • 4:03 PTG •
Hello peeps.. Hai.. Apa khabar.. Aku dah lama tak update blog kan??
Aku sekarang nie tengah tertekan gila.. Homework banyak, masalah tidur tak cukup.. Then, ada pulak orang buat perangai..Memang aku tension gila la.. Kawan Baik aku nak pergi dah.. Aku pun, tak sempat nak jumpa dia lagi..Adoiii.. Bencinya...
Last month, sekolah aku buat ujian 1, alhamdulillahh, aku boleh buat yang terbaik kecuali Addmath..
OMG! Addmath la yang membuatkan result aku cacat.. Bertapa teruknya addmath aku.. OH NO..
Memang terasa bangangnya tengok result aku..
Aku memang tertekan sekarang nie, sebab aku tak nak enjoy macam dulu.. Sob sob..
Next year dah SPM.. Lagi tension... Waaaaaaa....Nak nangis...Dah la sekolah jauh daripada ibu ayah...Emmm... Hari-hari jerit nak balik rumah.. :(
Aku dah bosan dengan skin blog aku nie.. Nak tukar pun dah tak sempat macam dulu..
Dulu sempat pulak... Haissshhhh.. Ini semuanya disebabkan homework punya pasal la... Arrggghhhhhhh!!
Aku rasa macam nak pergi karoeke je... hmmm....
OK la.. Sampai di sini saje ye.. Kat sini la tempat aku meluahkan perasaan.. Dulu ade je orang nak
aku luahkan and melepaskan perasaan... Sekarang dah tak de..
Anyway, bye2.. Love you all.. (winkwink)
No Title At All
Khamis, 28 Mac 2013 • 2:17 PTG •
Hello peeps..you all sihat?? aku ?? Aku memang sihat pun.. Sekarang nie dah 2 bulan aku sekolah kat SERATAS tu.. Emmm.. Ramai orang tanye, best ke sekolah SERATAS?? Seriusly, tak best.. bile orang tnya aku, aku akan jawab boleh laa.. Tak best sebab ape?? Sebab aku rindu GLP and the others my friends in Pengkalan Hulu..
Anyway.. Aku tak tahu nak letak title ape kat atas tu..Haishh..Bikin wa rungsingg haihhhh...
Lagi satu, no more henset?? what?? Generasi Y tak boleh bawak henset pergi sekolah?? OMG.. Agak laa..Tak boleh hidup maaa...
Sampai sini je la ye.. Tak boleh cerita panjang2..Nanti hampa boring.. huhuhu..
Bye you alls..
Tak lama lagi
Jumaat, 18 Januari 2013 • 7:33 PG •
Hello peeps.. Aku dah lama tak update entry dalam blog aku yang dah bersawang nie.. Emm..Ye la, semenjak dapat result cemerlang dalam PMR nie, aku bertambah busy nk update..(busy la sangattt)
Ok, sekarang aku still sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu, Perak.. Aku dah 16 tahun..Rasa sekejap ja dah habis PMR.. Sekarang nie, aku masih terpinga-pinga..Adakah aku nie sudah berumur 16 tahun?? Betul ke aku form 4 sekarang ni?? Begitulah soalan aku apabila aku tengah confuse..hehee..
Sebenarnya, aku tak nak cerita pun semua tu, tapi nak buat macam mana kan, dah tangan aku nie gatai sangat nak tulis, terpaksa diri ini akur dengan tindakan jari jemari ni.. Amboi ayat aku..Boleh buat novel nie.. hahaha...(perasan sekejap).
Tujuan aku menulis blog pada pagi buta nie, adalah untuk melepaskan rindu dek sayang akan sekolah yang tercinta yang tak lama lagi akan ku pergi tinggalkan sekolah itu.. Amboiii. panjang benar ayat aku itu..hahah..
Alhamdulillahh, aku telah mendapat keputusan yang membanggakan keluarga aku.. Aku rasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana memakbulkan doaku selama ini dengan berkat titik peluh aku selama ini..
Usaha Tangga Kejayaan..
Minggu depan adalah minggu last aku sekolah kat SMK Pengkalan Hulu..Sebak rasanya nak tinggalkan memori yang indah kat sekolah tu..emmm..Aku dah dapat tawaran SBP..Sekolahnya di Perak jugak..Ada orang cakap jauh,ada orang cakap tak jauh..Ahhh..Mana-mana pun boleh la..huhuhu..
Sekolah mana ye?? Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS)..
Alhamdulillahh..dapat akhirnya..Tapi aku mintak sekolah lain, lain yang aku dapat..Takpe la, aku bersyukur..Kira dapat la daripada tak dapat langsung..
Hari ni, aku tak pi sekolah pun.. Tu pasal la aku update blog because takde ape yang nak dibuat..huhuu..
Aku nak pergi wat medical check up.. nak masuk SBP nie, kena pi medical check up..huhuhu..jadi aku mengambil peluang hari ini, untuk tak pergi sekolah..hahaha..
Kepada kawan-kawan aku yang tak dapat SBP, jangan risau, tunggu la sampai panggilan kedua ye..jangan berputus asa pada yang Esa..Kalau tak dapat jugak, mungkin rezeki dapat kat MRSM..Aku harap kawan-kawan aku dapat bersabar ye..
Minggu depan, aku akan busy dengan persiapan nak pergi sana..Aduhh..rasa berdebar-debar pulak bila fikir banyak kali..huhuhu...Ok la..Sampai di sini saja ye..
Bye-bye.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. :D
PAST • FUTURE
|
MY WORDS;
MyDash
Welcome my readers. You've stepped onto my blog. I just shared what I like and feel. Please behave yourself. Don't take anything from this blog.I know which one is mine. Thank you :)
FOLLOW HERE !
@officiallyafrina
|