Afrina World
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Apakah Maksud Blogwalking dan Faedah Blogwalking
Khamis, 15 Mac 2012 • 11:28 PG • 2 Comment here !


Hello peeps..Pada pagi yang mulia nie,aku nak buat entry yang bertajuk seperti yang tertera di atas..Amboi2..Ayat aku, mengalahkan menteri..hahaha..Abaikan..

Apa itu blogwalking atau lebih dikenali sebagai BW??Blogwalking kalau kita translate mengikut ayatnya,maka jadilah blog berjalan. Hahaha..Kidding jap..Sebenarnya,blogwalking nie bermaksud *aku pun tak tau macam mana nak terang kan

Di dalam Blogwalking, korang akan berjalan ke alam maya iaitu dari satu blog atau web ke blog yang lain dan setiap persinggahan itu korang meninggalkan JEJAK iaitu URL Blog korang! Korang meninggalkan jejak korang iaitu dengan memberi komen pada entry atau di shoutbox blog2 yang korang singgah.

OK..Apa faedah Blogwalking nihh?? Menurut fakta and auta aku, ada banyak faedahnya..Berdasarkan pengetahuan aku mengenai blogging yang tidak seberapa ini, dengan Blogwalking dapat mewujudkan anda ke dalam alam maya..ape aku merepek nie...Bila masa korang nak paham kalau aku asyik berbelit je..huhuh..*mereng sebentar..
Aku bagi dalam bentuk point je la ye..hehehe

Kepentingan BW

1.  Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. Kalau korang mahu lihat sama ada blogger tu sombong atau tak, cuba komen dalam blog dia dan letak link korang tapi jangan sampai spam pulak ye..Kalau dia reply komen korang kira dia sporting tahap 1 dan kalau dia reply komen korang dan masuk ke blog korang memberi komen so, dia sporting tahap 2 yang tiada unsur2 sombong. Sporting tahap 1 masih ada unsur2 sombong tu walaupun sedikit..(hehehe..Memandai je aku buat andaian..huhuh)
 2.  Dapat meningkatkan rank blog korang sama ada Page Rank Google atau Alexa Ranking. Ibarat konsep meninggalkan JEJAK tadi, spyder google dan Alexa akan crawl ke dalam  blog anda melalui JEJAK yang anda tinggalkan dan dari situlah mulanya proses ranking..
3.  Boleh meningkatkan traffic ke blog anda.Caranya adalah dengan menjadi pengkomen yang terawal di dalam setiap post di blog orang lain. Tapi kena tengok juga, pilih la blog2 yang bertraffic tinggi..
4.  Blogwalking atau BW ibarat sapaan dan teguran anda kepada jiran korang. Ataupun sesuatu kumpulan yang membincangkan isu yang korang suka. Di situ timbul perkataan Hidup Saling Memberi. Pertukaran idea dan buah fikiran mula terbina..
5.  Sambil BW korang dapat menambah ilmu dan maklumat..Tak la jadi seperti katak di bawah tempurung walaupun duduk terperap dekat rumah je. Selain itu, jika korang hilang idea untuk menulis entry di blog, BW dapat membantu korang mencetuskan idea baru bagi penulisan artikel di Blog..

 Dah la tu, 5 point cukup la ye..heheehe..5 point yang aku bagi nie berdasarkan pemikiran serta pemerhatian aku sendiri.. Blogwalking satu aktiviti yang sangat best..Sambil2 BW, korang boleh lihat blog yang cantik,kemas dan awsome..
 Setakat sini je la ye entry aku nie..Aku harap korang paham ape itu BW..hehehe..Bye2..


PASTFUTURE
MY WORDS;





Welcome my readers. You've stepped onto my blog. I just shared what I like and feel.
  • Please behave yourself.
  • Don't take anything from this blog.I know which one is mine. Thank you :)


    FOLLOW HERE !

    @officiallyafrina

    Followers


    ♦ URL blog wajib ade not email
    ♦ Harsh words & Anon not allowed
    ♦ Iklan tidak dibenarkan di blog ni

    BLOG ARCHIVE;

  • Skin Baru
  • Teringin nak tukar skin blog lagi
  • Happy Birthday Friends!
  • Segmen I Love Blogging
  • Sedih rasanya
  • Astaghfirullahhalazimm..
  • I Hope...
  • Why!!!
  • Penat Bercuti
  • Sepanjang Hari Persekolahan