Afrina Life
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Kejadian Yang Berlaku di Sekolah Aku!!
Wednesday, September 11, 2013 • 5:22 PM • 0 Comment here !

Hello peeps..Lama dah aku tak update kat status nie..Korang busy tak?? Aku?? Boleh la.. Korang malas tak?? Aku?? Boleh la tahan.. Huhuhu.. Mood aku sekarang ni adalah rajin.. Haha.. Tu pasal la aku update blog nie.. Hari nie, ada cerita best dan ada cerita yang tak best !.. 
Sebelum tu kan, aku rasa janggal gila la.. Sebab aku dah lama tak mengarut dalam blog. So, aku harap korang tak boring la kan?? kan?? Huhu :D

Firstly, cerita best........ 
Hari nie macam biasa la, sekolah macam biasa.. Kelas macam biasa, everything macam biasa except!!  Perangai cikgu je yang berubah-rubah.. hari nie, mood semua cikgu yang masuk dalam kelas aku agak baik A.K.A memuaskan.. Itu yang best tuuuu.. :D NO outraged . NO yelling !.. Just nice..

Kawan-kawan aku kat sini memang best.. Tapi tak boleh kalahkan kawan aku yang ada kat PH :D
Hari nie hari Rabu.. Jadi, aku sebagai S/U kat sekolah nie, akulah yang paling busy tahap gaban kuasa 88 tau!.. Everything aku yang paling busy mengalahkan Perdana Menteri.. Hoho.. S/U la katakan.. Kan?So?? What to do now, aku tengah happy-happy on laptop dalam  my class.. Laptop aku dah berdaftar, jadi, aku tak heran sangat.. Kalau tak, nak guna laptop pun susah.. Senyap-senyap la.. 

Ok ! Sekarang cerita yang tak best pulak !.. Korang nak tahu tak... Hari nie, aku penat sangat.. Sebelum KOKO bermula, aku pergi jumpa cikgu because nak daftar laptop then..aku tengok jam dah pukul 2.10 pm.. Aku still relax lagi.. Aku dengan laparnya, dengan penatnya.. Tapi takpa, aku relax lagi.. Masa tu, aku tak bawak kunci locker, aku tertinggal dalam kelas but aku ada bagi kawan aku kunci spare.. So? aku tak naik kelas la.. Apabila perjalanan nak pergi makan, aku terjumpa la kawan aku yang memegang kunci locker.. Aku sibuk sangat cakap pasal kunci locker nie sebab fail S/U aku tinggal kat dalam locker.. Sedangkan pukul 3 ptg kitorang dah start perjumpaan.. 

Kan aku dah jumpa dia kan, aku pun panggil dia.. Dah la aku panggil sekali dia tak dengar, Kuat pulak tu.. Takkan la dia tak dengar kot.. Memang aku sabar je la time tu.. Tapi, muka aku dah lain dah..it's ok Afrina, orang ramai kat depan masjid nie..(F.Y.I. kat sekolah aku ada masjid) Aku cakap kat dia, aku nak kunci locker aku, dia pun cari..Cari punya cari tak jumpa.. Dia boleh cakap kat aku, dia tertinggal kat kelas.. Dia bawak beg sebesar alam tu, tapi tak boleh letak kunci locker yang seberat 0.5 gram?? Dah la aku tak bawak beg, aku just bawak beg laptop je. Aduhhh.. Memang tensyen gila ar time tu.. Tapi aku tetap bersabar.. Aku tengok jam dah pukul 2.30 ptg.. Sepatutnya, hari Rabu tak boleh masuk kawasan asrama tapi aku boleh masuk sebab-sebab tertentu.. Aku pun tanya la orang yang mempunyai kunci locker yang sama saiz dengan aku.. Then, aku tanya pengawas nie.. Dia kata kat aku ni kunci asrama ni.. Aku pun berjanji la dengan dia, aku akan pulangkan kunci tu.. Aku pun lari la sampai tingkat 2 because dorm aku kat tingkat 2.. Masuk dorm tu, then try kunci tu.. Try2 tak boleh pulak.. Kunci tu boleh masuk tapi, dia boleh pusing separuh je.. 

Adoiii.. Dah la penat yang teramat! Lapar lagi.. Aku pun bagi la kunci yang tadi tu dekat pengawas..Kunci tu aku pulangkan balik.. Dia tanya aku mana barang yang hang ambik, aku cakap la tak ambik lagi, locker tak boleh bukak.. Then, dia tanya lagi ''Kunci locker hang kat mana??'' Aku pun jawab la ''kat kelas''. Then, dia suruh aku ambik.. Aku pun, pergi lari ambik la.. Gila ke tak ambik.. Nanti kena marah dengan cikgu tak pasai pulak.. Gila kelam ar tadi.. Nasib aku tak pengsan je.. 

Bila dah sampai kelas, dah ambik kunci apa semua, patah balik, pergi asrama.. Memang excercie gila ar.. Nasib baik la aku takdak semput, kalau tak, mau tak pengsan.. huhuu..
Then, aku pergi la naik dorm dan ambik fail S/U aku tu.. Alhamdulillahh.. So?? Aku tak sempat makan tengah hari.. Bagus tak?? hahaha.. Disebabkan kunci locker punya pasal..Itulah cerita yang tak best aku nak update hari nie.. 

Ok la.. Aku pun dah puas dah membebel dalam blog ni.. Mesti ada orang terkejut, baru hari nie aku nak update.. huhuhu.. I's ok, lain kali kalau aku tak busy dan rajin dan mempunyai cerita, aku update lain ok?? Bye2.. ^_^  


PASTFUTURE
MY WORDS;





Welcome my readers. You've stepped onto my blog. I just shared what I like and feel.
  • Please behave yourself.
  • Don't take anything from this blog.I know which one is mine. Thank you :)


    FOLLOW HERE !


    Followers




    ♦ URL blog wajib ade not email
    ♦ Harsh words & Anon not allowed
    ♦ Iklan tidak dibenarkan di blog ni

    BLOG ARCHIVE;

  • Perasaanku Celaru, Bangang !
  • Skin blog Dah Lusuh!!
  • Aku Rasa Tertekan !
  • No Title At All
  • Tak lama lagi
  • Tuala Wanita berbahaya !!
  • Segmen Bloglist Disember Ice Princess
  • Save Gaza!!!
  • Hati Sedang Celaru
  • Segmen: Follow Sampai Meletup!